Anonymous
4 tahun
Asthma dan ubat asthma
as salam doktor…saya az berumur 30tahun dan mengalami asthma sejak saya berumur 2 tahun lagi.Dah bermacam- macam iktiar dah saya buat untuk menghilangkan asthma saya ni. Masa saya berumur 14-17 tahun asthma saya pulih dan selepas saya keluar dari plkn, asthma saya datang semula sehingga sekarang makin lama makin teruk. Saya pernah kerja tak kekal dan tak tetap. Paling lama saya kerja pun hampir setahun sahaja. Asthma saya menggangu pekerjaan dan pergerakkan saya. untuk pengetahuan doktor, bulan 5 (2019) baru,saya ada buat check up.Dan pihak hospital ada berikan cara prednisolone (makan 6 biji,1 kali,1 hari) , inheler Salbutamol 100 mcg dose inhalation dan inheler Fluticasone Propionate inheler 125mcg/ 120dose.
Selepas saya makan ubat yang diberikan pihak hospital, berat badan saya naik mendadak dan sensitif di muka saya makin banyak…luka di atas tangan pun ada… saya ni jenis orang yang tak suka akan kegemukan. jadi bila saya tengok badan saya dan berat badan saya naik mendadak saya rasa sedih saya rasa kecewa sangat. muka saya juga nampak. sebelum ni tinggi dan berat badan saya 149cm/49-50kg…tak pernah pun berat badan saya lebih dari 50kg…sekarang ni lepas saya makan ubat-ubat di atas tu berat badan saya naik 8kg…saya sungguh rasa sedih dan kecewa.doktr,bantulah saya untuk menjadi kurus dan penyakit asthma saya boleh pulih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berdasarkan keterangan anda, anda mungkin menghadapi kesan sampingan ubat steroid iaitu cushingoid symptom yang mana menyebabkan berat badan naik. Selain daripada bergantung kepada ubat, anda boleh mengawal asma dengan mengelakkan daripada pencetus asma (trigger). Antara pencetus asma adalah:
- habuk
- hama dan serangga
- sesetengah makanan seperti makanan laut
- senaman atau aktiviti berat berlebihan
Namun, anda harus meneruskan untuk mengambil ubat tersebut kerana asma yang tidak terkawal mampu mengancam nyawa. Sekiranya kesan sampingan ubat itu menganggu hidup anda, berjumpalah dengan pakar perubatan unutk berbincang mengenainya dengan lebih lanjut.
Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.