aizatmonasir
2 tahun
Badan tangan kaki seram sejuk dan jantung berdebar
Saya lelaki 35 tahun sejak 3 bulan lepas selepas second dose phizer saya start kene jantung berdebar sampai susah tidur malam . Dan selepas saya ambil bosster minggu lepas , saya kene demam panas sekali gus jantung berdebar dan susah untuk bernafas dan tidur malam . Selepas demam dah reda , semalam pagi tangan kaki saya rasa seram sejuk dan terasa jantung berdegub kuat sampai susah nak bernafas , badan jd lemah tiada tenaga dan masih susah tidur malam .
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda telah mengalami masalah hati bedebar-debar selepas dos vaksin dan ini telah mempengaruhi tidur anda, dan selepas ods penggalak masalah ini bertambah buruk. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, gejala yang berlaku akibat vaksin biasanya hilang selepas 48 jam tetapi ada yang boleh berpanjangan selama seminggu.
Walau bagaimanapun, terdapat masalah kesihatan lain juga yang boleh kami pertimbangkan sebagai punca masalah anda. Antaranya :
- Dehydrasi
- Anemia
- Gangguan tekanan
- Masalah keresahan
- Masalah jantung
Memandangkan perkara ini telah menjejaskan anda jangka masa yang amat panjang dan telah menyebabkan banyak gangguan dalam kehidupan harian anda, saya menyarankan anda merujuk kepada doktor untuk melegakan simptom anda, mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini