
anisamira0016
4 tahun
Bengkak leher dan sakit telinga
Doktor saya mengalami ketegangan leher. Mula-mula hanya bengkak pada bahagian bawah telinga berdekatan rahang leher sebelah kanan. Esoknya saya bangun tidur berpeluh-peluh, saya demam tapi demam saya tak ada pening kepala hanya terasa lesu dan sejuk-sejuk. Hari ketiga saya mula rasa telinga saya sakit bila saya telan air liur. Saya nak pergi klinik tapi parents tak kasi sebab risiko covid-19. Doktor tolong bagitau ubat apa yg saya patut beli and saya tengah sakit apa sekarang ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda sebutkan, sakit telinga boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (“cyst”)
- Abses atau nanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.