Sulit
4 tahun
Berat badan bertambah
saya ingin turunkan berat badan, kerana BMI saya tak cantik, tinggi 168cm berat 80kg, adakah perlu saya makan duromine atau adipex atau ada cara lain yang boleh membantu saya dalam menurnkan berat badan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Duromine ataupun Adipex memang digunakan untuk merawat obesiti namun anda perlulah untuk mendapat khidmat nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini kerana terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin memberhayakan sesetengah orang.
Terdapat cara lain yang juga berkesan untuk megurangkan berat badan. Seperti:
- Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang
- Bersenam secara berkala
- Kurangkan makanan yang diproses ataupun berminyak
Oleh itu, pemeriksaan lanjut adalah perlu untuk mengenalpasti kesesuaian ubat serta dos yang diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.