Sulit
3 tahun
Buasir. Sangat sukar membuang kerana terasa bengkak di sekeliling dubur dan akan keluar darah yg banyak
Saya seorg perempuan berusia 17 tahun dan mengalami buasir yg membuatkan saya tidak dapat melakukan aktiviti harian. Berada dalam tandas lebih dari sejam dan akan keluar lalu hanya terbaring diatas katil kerana kesakitan yg amat sangat. Persoalannya adakah saya perlu melakukan pembendahan? Kerana ubat yg diberi tidak berkesan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami buasir yang teruk, darah pada najis dan mengganggu aktiviti seharian. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, buasir selalunya diakibatkan daripada masalah sembelit kronik. Masalah sembelit boleh diatasi dengan perubahan diet serta gaya hidup. Namun begitu, rawatan bagi buasir bergantung kepada gred serta tahap serius buasir tersebut. Gred buasir adalah:
- Gred 1 = tiada rektum terkeluar, hanya kelihatan darah
- Gred 2 = rektum terkeluar apabila meneran dan boleh masuk semula tanpa tolak menggunakan jari atau tangan (mungkin memerlukan pembedahan)
- Gred 3 = rektum terkeluar sendiri dan memerlukan tangan atau jari untuk masukkan semula
- Gred 4 = buasir yang tidak boleh dimasukkan langsung (hanya pembedahan sahaja)
Berikut merupakan gred buasir serta rawatan yang sering ditawarkan. Kami menasihatkan agar maslah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.