Sulit
3 tahun
Buasir dalaman tahap 3 ,sakit dan berdah berterusan dlm 1 bulan ni,urat lubang dubur bolehrasa jadi tegang dansempit,rasa sakit sangat lepas buangair besar walaupun najis lembut dan cair
Saya perempuan berumur 45 tahun. Buasir saya tahap 3. Dalam1 bulan ini kerap berdarah dan sakit. Guna ubat subat dan sapuje.Dalam minggu ini saya ada rasa macamtarik dan sakit urat punggung .sebelah kiri. Sekarang urat lubang dubur jadi srmpit dan tegang. Sakit sangat masa buang air besar walaupun najis lembut dan cair. Saya hanya makan sayur, buah,kanji,. Saya tak makan ayam ,daging,ikan ,telur atau makanan pedas dankeras. Tetap sakit dan sempit.2hari ini saya ada ambik ubat hemorid dari hospital kerajaan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah buasir tahap 3 dah telah mengambil rawatan. Anda kini mengalami sakit semasa membuang air besar dan merasakan seperti urat menjadi tegang. Kami memahami kegelisahan anda dan kami akan cuba membantu.
Memandangkan anda mengambil ubat dan mengamalkan pemakanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor tetapi masih mengalami masalah buasir, kami menyarankan anda untuk murujuk perkara ini kepada doktor sekali lagi supaya cara rawatan lain dapat digunakan seperti hemorrhoidectomy. Selain itu, kami menasihatkan anda untuk terus menggunakan ubat yang diberikan dan mengambil makanan yang kaya dengan serat serta meminum air yang mencukupi.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.