Sulit
3 tahun
Adakah ia buasir atau kanser?
Hi doktor.Saya seorang perempuan berusia 17 tahun.Doktor,saya rasa ada benjolan di dubur tetapi tiada sebarang pendarahan.Adakah ia buasir?Sebab berdasarkan kajian dalam Google,saya dapati,jika ada buasir,maka pendarahan akan berlaku semasa membuang air besar.Adakah ia mungkin kanser?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah benjolan pada bahagian dubur.
Untuk makluman anda, buasir adalah penyakit komplikasi akibat masalah sembelit yang kerap. Ketika seseorang mengalami sembelit, pesakit akan meneran untuk memaksa perjalanan najis yang menyebabkan tekanan usus besar meningkat dan usus sedikit terkeluar dari anus.
Masalah yang sering dilaporkan pesakit buasir adalah kurang pengambilan makanan berserat tinggi, sayur atau buah-buahan.
Kami menasihati supaya anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti:
- Mengamalkan senaman 150 minit seminggu
- Makan makanan yang sihat dan seimbang
- Minum air sekurng-kurangnya 2 liter sehari
- Berhenti merokok
- Berhenti atau kurangkan minuman beralkohol
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
- Berumur 40 tahun ke atas.
- Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
- Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
- Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
- Turun berat badan tanpa sebab tertentu.
Harap jawapan ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.