Sulit
2 tahun
Berak berdarah titis
Saya seorang pelajar IPTA berusia 23 tahun, tadi dalam pukul 10.30 pagi saya perasan yang ada darah dalam bentuk titis dalam 2 titis semasa membuang air besar, jadi saya ingin bertanyakan apakah yang berlaku sebelum saya pergi berjumpa doktor kerana harini hari Jumaat dan cuti di Kedah, 2-3 hari ni saya mmg tidak tidur dengan cukup di waktu malam kerana terlampau ketagih dgn telefon pintar, dan sebelum ini juga saya beberapa kali merasa gatal di bahagian punggung dan ia akan hilang sendiri, tetapi disebabkan saya perasan yang ada darah semasa saya buang air besar tadi, saya jadi tertanya-tanya, mohon penjelasan ya Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah berak berdarah. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan dengan baik.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai buasir atau haemorrhoids. Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah sembelit, kurang senaman, berat badan berlebihan dan penuaan. Buasir boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.
Buasir boleh disebabkan oleh:
- Tekanan semasa membuang air besar
- Duduk untuk masa yang lama di tandas
- Berat badan yang berlebihan
- Sembelit
- Cirit-birit yang kronik
Kami menasihati supaya anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti:
- Mengamalkan senaman 150 minit seminggu
- Makan makanan yang sihat dan seimbang
- Minum air sekurng-kurangnya 2 liter sehari
- Berhenti merokok
- Berhenti atau kurangkan minuman beralkohol
Berikut merupakan saranan umum tentang masalah anda. Kami tidak dapat memberikan diagnosis penyakit tanpa sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal yang lengkap. Harap jawapan ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.