Sulit
3 tahun
Buasir tanpa pendarahan
Hi doktor.Saya seorang perempuan berusia 17 tahun.Beberapa bulan lepas,saya merasa ada benjolan di dubur dan sakit seketika semasa membuang air besar(anggaran 5 minit).Tiada sebarang pendarahan yang berlaku
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah benjolan pada bahagian dubur.
Untuk makluman anda, buasir adalah penyakit komplikasi akibat masalah sembelit yang kerap. Ketika seseorang mengalami sembelit, pesakit akan meneran untuk memaksa perjalanan najis yang menyebabkan tekanan usus besar meningkat dan usus sedikit terkeluar dari anus.
Masalah yang sering dilaporkan pesakit buasir adalah kurang pengambilan makanan berserat tinggi, sayur atau buah-buahan.
Kami menasihati supaya anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti:
- Mengamalkan senaman 150 minit seminggu
- Makan makanan yang sihat dan seimbang
- Minum air sekurng-kurangnya 2 liter sehari
- Berhenti merokok
- Berhenti atau kurangkan minuman beralkohol
Berikut merupakan saranan umum tentang masalah anda. Kami tidak dapat memberikan diagnosis penyakit tanpa sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal yang lengkap. Harap jawapan ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.