Sulit
3 tahun
Adakah ia buasir? Ingin mengetahui masalah yang di hadapi serta perkara yang perlu dilakukan. Takut ia membawa kemudaratan diri sendiri
Salam sejahtera doktor, saya student berumur 20 tahun. Saya ingin tahu dan bertanya. Selepas saya buang air besar, pada bahagian dubur saya berasa sakit, pedih dan ada isi ataupun benjolan terkeluar tapi ia tidak tebal dan bukan benjolan bulat. Saya tak tahu itu apa. Saya ada masalah sembelit. Tetapi saya jarang sekali buang air besar berdarah. Cuma selepas membuang itu sahaja berasa sakit dan pedih seperti bengkak mungkin. Tetapi saya cuba untuk tidur. Keesokkan nya sudah tidak sakit. Tetapi gatal pula yang berlaku di bahagian dubur tersebut tapi bukanlah selalu. Adakah saya mempunyai buasir? Apakah yang perlu saya lakukan? Bantulah saya doktor kerana sudah beberapa tahun menghadapi masalah ini. Tapi ia tidak serius kerana ia mudah hilang sakit pada keesokkan harinya. Saya takut mempunyai masalah serius jika saya biarkan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, kami memahami anda mengalami kesakitan dan kepedihan pada dubur selepas membuang air besar serta merasakan kebenjolan pada dubur.
Ada kemungkinan untuk anda mengalami masalah buasir memandangkan anda mempunyai sejarah masalah sembelit dan simptom-simptom anda adalah bersamaan dengan masalah buasir. Namun, kami tidak boleh memberi kepastian tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengesahkan masalah anda berpunca daripada masalah buasir. Untuk makluman anda, sekiranya masalah buasir tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pendarahan dan kesukaran membuang air besar.
Simptom-simptom anda juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti rectal prolapse, anal fissure atau sista pilonidial. Terdapat penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan masalah anda, iaitu kanser rektal. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.