Sulit
3 tahun
Buasir dan berak berdarah
Hi doktor. Saya pernah menjalani prosedur haemorrhoidectomy selepas bersalin kira kira setahun lebih yang lepas. Baru baru ini, selepas membuang air besar, saya terkena buasir kerana najis yg agak keras, dan 2 hari selepas itu selepas membuang air besar saya mendapati najis saya seperti bercampur dgn darah kerana warna air ditoilet lebih keruh dari biasa dan semasa mencuci juga, ada seperti blood cot sedikit. Adakah ia berpunca dari buasir saya atau mungkin berpunca dari sebab lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, darah yang keluar bersama najis anda tersebut boleh disebabkan oleh masalah buasir dan ia boleh disebabkan oleh najis anda yang keras dan kebiasaan meneran semasa membuang air besar.
Namun, ada juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah berak berdarah seperti:
- Penyakit diverticulitis
- Penyakit Chron’s
- Keracunan makanan
- Peptic ulcer
- Fissura anus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.