Sulit
3 tahun
Rawatan buasir luaran
Saya perempuan 23 tahun. situasi saya, sejak 2019 hingga sekarang, saya kerap mengalami cirit, 1@2kali dalam tempoh 6bulan, cirit birit yg saya alami selalunya 1-5hari. sekarang, saya perasan ada benjolan yg keluar pd lubang dubur. apa yg sy perasan, bengkak tu tak kecut dan tak masuk ke dalam balik. so, bila saya cirit birit (buang air besar lebih 3kali sehari), menyebabkan saya rasa tidak selesa untuk duduk, dan rasa pedih selepas buang air besar. waktu buang air besar pun memang akan rasa sakit. soalan saya, apakah rawatan terbaik utk merawat buasir luaran?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda telah dikenal pasti mengalami buasir serta bergejala, mempengaruhi kehidupan seharian anda, anda perlulah masuk hospital dan menerima rancangan rawatan yang sesuai.
Biasanya sekira buasir yang kecil dan tidak bergejala, mungkinnya doktor boleh membiarkan balik tanpa membuat sebarang dengannya. Ini tidak dibenarkan jika buasir yang bergejala, atau jika pesakit ingin membuangkan buasir selepas bincang dengan doktornya.
Selain itu, gejala anda alami tersebut juga boleh disebabkan oleh punca lain, contohnya jangkitan pada kulit sekeliling, bengkak bernanah, sista, polip dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor gigi dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.