Sulit
3 tahun
Coklat2 seperti darah haid
Sy berumur32 baru2 ini,Ade keluar coklat2 seperti baru nak haid,tetapi baru saja selesai haid 8 Hari sebelum tarikh seterusnya mengikut calenders apps yg sy download.bulan lepas haid sy pd 24hb Dan mengikut apps haid sy yg seterusnya adalah pada 19hb tapi pada 7hb Ade keluar tanda coklat2 seperti tanda haid,berlanjutan sehingga sekarang 1minggu sekejap Ada sekejap tiada,sy risau dan musykil apa sebenarnya yg keluar adakah haid atau bukan…mohon pencerahan… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah pendarahan berwarna coklat yang menyebabkan anda musykil mengenai kondisi kesihatan anda. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih