Sulit
3 tahun
Darah coklat / lendir coklat
hello doc , istri saya mndpt ada darah atau lendir coklat kluar dari vagina , tp istri saya tidak mempunyai tanda hamil . apa mskudnya ini doc
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa isteri anda mengalami keluaran lendir coklat daripada vagina. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lendiran coklat yang keluar boleh jadi perkara yang normal. Terutamanya jika pada awal atau hujung kitaran haid. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala tersebut. Antaranya adalah:
- Ketidak seimbangan hormon
- Kesan sampingan kontraseptif hormon
- Ovarian cyst
- Jangkitan pada kelamin
- Endometriosis
- PCOS
- Kelahiran ektopik
- Keguguran
Berikut merupakan diagnosis umum berkenaan penyakit serta simptom yang isteri anda alami. Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.