Sulit
3 tahun
Darah haid sikit dan berwarna coklat serta berbau
Saya masih remaja berumur 13 tahun, baru baru ni saya rasa seperti saya sedang datang haid, namun darah nya sedikit, berwarna coklat dan berbau, adakah ini serius atau ia hanya masalah hormon biasa ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang sedikit, berwarna coklat dan berbau. Saya akan cuba memberikan maklumat tentang perkara tersebut dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat dan berbau boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.