Sulit
3 tahun
Darah period cair, banyak dan berterusan
Hai… saya perempuan umur 28 tahun, belum berkahwin.
Normalnya haid saya datang 2 atau 3 bulan sekali dan biasanya selama 6-7 hari. Last period pada 20 julai.
Period sy datang pada 6 November sampai ke hari ni 18 November. Pada 6 hari pertama darah yang keluar amat sedikit, setitik dua sahaja yg ada pada pad.
Hari ke-7 sampai ke hari 12 ni darah sangat banyak saya perhatikan masa nak buang air kecil. Macam tadi, darah macam tersembur keluar. Darah cair. Biasanya saya perhatikan darah haid pekat.
Adakah ini normal?
Harap Doktor boleh bagi penjelasan. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan hormon
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Keasn penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.