Sulit
2 tahun
Diabetes, gerd, acid reflux, gastric
Hello doktor, saya lelaki berusia 37 tahun, pada 3 bulan lepas saya mengalami panic attack dan rasa hendak pitam, dan saya terus ke emergency dan sy dapati sy mempunyai tekanan darah tinggi 153/92… tp bila check jantung ok…sejak dari tu, dah masuk enam kali sy pergi emergency…check jantung ok tekanan darah dh normal…bila check sy ade gastrik…dh diberi ubat…tapi gastrik makin teruk…mata saya juga silau dan telinga belah kanan asyik berdengung…mohon doktor bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang dialami boleh terjadi akibat beberapa hal seperti:
- Anemia yaitu kurang darah
- Kurang vitamin dalam diet
- Dehidrasi yaitu akibat kurang minum air
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
Selain itu, jika anda mengambil tekanan darah semasa anda mengalami kesakitan, kemungkinan tekanan ini akan menjadi tinggi akibat kelajuan saluran darah untuk menangani kesakitan ini. Darah tinggi ini juga boleh menyebabkan komplikasi terhadap jantung anda yang boleh digambarkan sebagai sakit gastrik.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.