
Sulit
4 tahun
Gynocomastia lelaki huhh
Saya remaja lelaki tp puting dada saya timbul sejak baligh n sampai skrang masih belum surut lagy.puting tu timbul bkn biasa2 tp dgn kadar yg luar biasa kalau saya pakai baju mmg akan tertonjol.saya hilang self-confidence utk bergaul and utk keluar.sudah 4 tahun sye mnderita kekurangan jati diri ni n im looking for your answer doctor please.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan perihal yang anda terangkan, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah puting lelaki yang besar seperti Gynecomastia yang dihadapi sejak akil baligh. Untuk makluman anda, masalah puting lelaki besar boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Ketidakseimbangan hormon lelaki dan hormon wanita
- Penggunaan steroid
- Melakukan senaman yang tertentu
- Lemak berlebihan
- Pengambilan produk mengandungi soya yang berlebihan
- Sesetangah ubat-ubatan
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Dari segi pendapat pihak kami, kami sarankan anda untuk mencuba yang berikut untuk mengatasi masalah anda iaitu:
- Banyakkan senaman seperti berlari, lompat tali, dan pergi ke gim
- Kurangkan manis-manisan dalam makanan harian
- Banyakkan makan-makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi fiber tinggi
- Kurangkan makan makanan yang diproses
- Kurangkan makanan yang mengandungi estrogen tinggi seperti soya dan kacang lima.
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi hormon testosterone tinggi seperti bawang putih, halia, makanan laut, bawang merah, dan minyak zaitun.
- Gunakan makanan tambahan seperti halia dan kunyit dalam makanan.
Akhir kata, masalah yang anda alami ini juga boleh dirawat dengan kaedah ubat-ubatan serta pembedahan yang boleh dilakukan di hospital, tetapi dengan atas cadangan dan nasihat oleh doktor yang merawat anda. Selalunya, rawatan professional mengenai maslah puting ini hanya dibernarkan sekiranya masalah anda tersebut boleh mengganggu kesihatan anda secara am atau jika anda mempunyai penyakit kronik yang berkaitan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.