Anonymous
5 tahun
Haid berlarutan sehingga istihadoh
Sy berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Sy ingin bertanyakan tentang masalah haid yang sedang sy alami. Kebiasaan kitaran haid sy pada setiap bulan adalah 6 hari. Tetapi pada bulan ini, haid sy berlarutan sehingga ke hari ni. Iaitu hari ke 20. Pada hari pertama haid pada bulan ini, darah tersebut dlm kuantiti yg sedikit dan berwarna merah. Tetapi apabila berlanjutan sehingga ke hari ini, darah dlm kuantiti medium, terkadang banyak. Dan berwarna merah kehitaman dalam bentuk ketul ketulan. Sy telah berjumpa dengan doktor dan doktor telah memberikan ubat urat 2 jenis dan 1 ubat untuk hentikan darah. Doktor menyatakan sekiranya dalam tempoh seminggu darah masih belum kering, dan terus berlanjutan, doktor akan berikan sy ubat yg sama dan perlu consume sehingga 3 bulan.
Jadi soalan sy, apakah yg perlu sy lakukan untuk mengetahui punca sebenar masalah sy?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah ketidakaturan haid yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-pengaruh hormon dalam suntikan perancang
-penurunan dan peningkatan berat badan yang ekstrim
-stress emosional
Untuk makluman pihak puan, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Selain tentang kesakitan yang dialami, kami juga memerlukan maklumat tentang latar belakang kesihatan anda.
Kami juga faham bahawa masalah ini merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.