Anonymous
5 tahun
Haid berpanjang selama 2minggu
saya wnita 24 tahun sudah berkahwin…mempunyai haid xteratur smnjak bkahwin …sy dtng haid pada 6 may lalu smpai skarg masih lagi …selalu haid sya hbis dlm 1 minggu tp kali nie nak smpai 2 minggu …dah pendarah pada awal haid memang sikit tidak banyak …macam spoting …slpas 3 hari bru pendarahan yg bnyk shngga skarang…ada juga bekuan darah tp tidak bnyak dan tdak slalu keluar …hnya 3 kali bekuan kluar .
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.