
Sulit
5 tahun
Herpes genital pada wanita
saya wanita berumur 33 tahun mengalami masalah herpes genital baru je 2 hari lepas…saya telah pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan telah di berikan ubat…cuma saya hendak bertanya macam mana cara cucian dan beberapa lama penyakiit dapat sembuh?tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, selain daripada penggunaan ubat yang diberikan, antara langkah penjagaan kelamin yang disarankan adalah seperti:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Penyakit herpes genital ini mengambil masa mungkin berminggu untuk sepenuhnya hilang, oleh itu anda disarankan untuk meneruskan penggunaan ubat yang diberikan sehingga tiada kesan jangkitan di kawasan kelamin lagi. Sekian