
Sulit
5 tahun
Herpes luka melepuh
Hi…sya lelaki brusia 24thn…pada 12/2018 mengalami kencing nanah dan ulser pada kemaluan serta luka berdarah…dah 50 biji ubt dan 1 injection tapi belum sembuh juga…akhirnya sya ke klinik lain untk mengambil ubt…ubat yg di beri Azithromycin…apabila makan ubt ini sembuh sepenuhnya…setelah sembuh bintik2 merah muncul kembali setelah 3 minggu…dan ianya berulang sehingga sekarang…sembuh dan muncul kembali dlm 3-4 bintik merah mcm melepuh…atau luka melepuh…Setelah itu sya kembali ke klinik tersebut dan doktr yg merawat mengatakan sya mengalami herpes…dan diberi ubt acylovir…sya belum buat blood test untk hsv…cuma untk hiv dan sifilis shja…selepas 3 dan 5 bln dari aktiviti berisiko result untk hiv dan sifilis negative…luka atau bintik merah tu bila disentuh tidak sakit walaupun terkena air…boleh mandi mcm biasa…tiada gelembung air…sya hnya menggunakan krim yg diberi untuk disapu…soalan sya adakah sesuai menggunakan minyak zaitun untk penyakit ini? Atau ada kaedah tradisional lain ? Apa yg sya tahu penyakit ini tiada ubt…mohon penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, herpes adalah penyakit yang mana tiada ubat yang mampu membunuh atau mengusir virus tersebut keluar daripada badan. Justeru, apa yang boleh dilakukan adalah memberikan ubat agar anda tidak berasa sakit, serta memberikan krim agar lepuh tidak menimbulkan kesan dan tidak terlalu sakit.
Merujuk kepada minyak zaitun, sebetulnya belum ada kajian yang mengatakan bahawa ubat ini efektif membunuh virus ini. Malah, tiada juga kajian yang mengatakan ubat ini membawa efek buruk terhadap herpes. Justeru, yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor anda akan interaksi minyak zaitun sekiranya digunakan bersamaan dengan krim sapu tadi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.