
azraai4422
5 tahun
Herpes simplex type 2
Sy disahkan terkena hsv type 2,dan sy akan berkhawin tak lama lagi,adakah sy boleh berkhawin?hiv test utk berkhawin adakah akan memberitahu kepada pasangan sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, herpes mahupun HIV adalah antara penyakit jangkitan seksual. Justeru, harus diingatkan bahawa sekiranya anda mempunyai penyakit tersebut, maka dikhuatiri anda dapat menjangkiti pasangan seksual anda dengan virus tersebut juga.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.