Sulit
3 tahun
Hypotiriod positive covid19
Saya 30an dan mengalami hypotiriod dan sekarang saya positive covid19…sekarang saya demam on off,cirit birit,muntah,sakit kepala dan kaki tangan saya sejuk setiap hari…saya nak tanya doktor risiko pada diri saya dan penyakit hypotiriod saya?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami anda ialah pesakit hipotiroid dan kini anda disahkan positif jangkitan Covid-19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian pada waktu semasa tidak mencukupi untuk memberikan kepastian sama ada masalah hipotiroid boleh mengakibatkan jangkitan teruk Coronavirus. Ada kajian yang menunjukkan masalah hipotiroid mempunyai risiko yang sama dengan individu sihat jika dijangkiti virus ini. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk tidak risau dan mengambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor anda. Sekiranya gejala anda bertambah teruk dan tidak boleh dikawal di rumah, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih gusar dengan masalah tiroid? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.