kamarulhadier6f
5 tahun
Jantung berdegup pantas
Says berumur 34 tahun.5 tahun Lepas sy mengalami serangan jantung Dan dimasukkan ke hospital.setelah pemeriksaan dilakukan doktor mengesahkan sy mengalami unstable angina.baru2 ni apabila sy memeriksa bp bacaan bp semuanya baik kecuali bacaan pulse iaitu 1++.sy melakukan pemeriksaan selama sebulan Di farmasi Dan degupan Nadi Masih laju.apakah penyakit yg sy hadapi ini berbahaya Dan adakah Cara utk mengatasinya.
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berkenaan dengan pertanyaan puan, individu yang sedang mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi, boleh membawa risiko untuk mendapat jantung berdegup laju (Rapid Heart Beat) dan ini dinamakan sebagai takikardia (tachycardia). Ingin saya jelaskan lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini di bawah berikut.
Jantung berdegup laju atau dipanggil sebagai tachycardia, disebabkan oleh kegangguan pada impuls elektrik biasa yang mengawal kadar pengepaman jantung anda. Banyak perkara boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah pada sistem elektrik di jantung. Ini termasuk:
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung
- Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran (keadaan jantung kongenital, termasuk sindrom QT yang panjang)
-Penyakit atau kelainan kongenital jantung
-Anemia
-Senaman
-Tekanan mendadak, seperti ketakutan
-Tekanan darah tinggi atau rendah - Merokok
- Demam
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!