Sulit
3 tahun
Jerawat punca migrain?
saya budak perempuan berumur 15 tahun, then pada 2 June 2021 saya kena migrain. pada masa yang sama, jerawat saya tumbuh ditepi hidung takde mata anddd sangatt sangatt sakit apalagi bila tersentuh. yang pasti migrain saya bukan berpunca dari stress. soalan saya, ada kena mengena ke jerawat yang tumbuh di tepi hidung saya ni dengan migrain?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan anda adalah berkenaan sama ada jerawat yang tumbuh di tepi hidung anda berkaitan dengan migrain.
Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jerawat biasanya adalah disebabkan oleh masalah kulit seperti pori tersumbat akibat kulit berminyak serta perubahan hormon.
Migrain pula biasanya dicetuskan oleh sesetengah jenia makanan, tekanan dan juga perubahan hormon.
Oleh itu tidak hairanlah jika anda boleh mengalami jerawat dan migrain pada masa yang sama contohnya ketika anda datang haid akibat perubahan hormon. Namun keadaan ini masih boleh berlaku tanpa perkaitan yang jelas antara keduanya.
Sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan bantuan atau penerangan lanjut. Terima kasih.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.