
najwaleexxi
5 tahun
Kebas di hujung jari kaki dan tangan
Saya wanita dalam 20an dan sejak kebelakangan ini saya kerap mengalami kebas di hujung jari kaki dan tangan sebelum tidur dan selepas tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerusakan saraf oleh penyakit kronik seperti diabetes, hipotiroid, kidney failure, dan kekurangan vitamin
- Trauma fizikal akibat kemalangan dan kecederaan
- Pengambilan alkohol
- Terdedah kepada toxin seperti bahan kimia, racun serangga, dan lain-lain
- Jangkitan virus seperti varicella zoster, herpes
- Penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis dan Lupus
- Efek ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.