Sulit
3 tahun
Kemungkinan untuk mengandung selepas suntikan ubat perancang
Saya melakukan hubungan intim dengan suami ketika masih dalam pantang tanpa perlindungan Dan lebih kurang seminggu kemudian Saya mendapatkan suntikan ubat perancang. Soalan Saya adakah Saya masih Ada kemungkinan untuk mengandung ataupun tidak Dan jika Saya mengandung adakah akan Ada kesan terhadap kandungan akibat Dari suntikan ubat perancang tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang penggunaan pil perancang kecemasan.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami kegusaran tentang kemungkinan untuk hamil. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk makluman pihak puan, bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang. Memandangkan anda telah mengkonsumsi pil pertama dalam waktu kurang 24 jam, maka efek protektif ubat terhadap kehamilan masih berfungsi. Namun, peluang untuk hamil tetap ada walaupun tipis.
Untuk dapatakan kepastian, anda boleh lakukan ujian kehamilan di klinik berdekatan agar keputusan yang diperoleh lebih tepat.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.