
Sulit
3 tahun
Kenapa upt sentiasa negatif sedangkan opk double line cuma tak seterang control line
Salam, saya nak tanya, period sy pada bulan 2 dan 3 adalah on time, manakala bulan ke 4 lewat 3hari tetapi hanya keluar darah berwarna coklat penuh pada seluar dalam dan hanya satu hari sahaja. Keesokannya dah kering. Saya ada terbaca di article mengatakan drh yg kluar 1hari itu adalah kerana sperma baru nak melekat pada ovum(proses pesenyawaan) seminggu selepas itu sy pi scan doc tetapi tiada apa2 pada rahim. Rahim normal. Sy tggu lagi 2 minggu utk test upt tetapi tetap negatif. Tetapi opk sy sepanjang seminggu ini naik dua line. Sy pula mula lesu, mual2, sakit kepala dan sering kali krem pada bhgian kiri dan kanan rahim sy. Adakah itu normal? Adakah sy hamil atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian OPK ( Ovulation Predictor Kits ) atau dikenali sebagai ovulation test adalah ujian untuk mengenal pasti masa subur anda. Bagi mendeteksi anda hamil ataupun tidak, ianya menggunakan ujian kehamilan (UPT). Ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil.
OPK tidak boleh digunakan sebagai ujian kehamilan, tetapi beberapa wanita menyedari bahawa mereka hamil setelah beberapa hari OPK positif. Ini disebabkan oleh bagaimana ujian kehamilan dan ovulasi berfungsi. Kedua-duanya (LH dan hCG) dikenali sebagai glikoprotein, dan berkongsi komponen protein yang serupa.
Berdasarkan keterangan anda, OPK positif tersebut bermaksud anda berada dalam waktu subur dan kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi sekiranya berhubungan seksual dalam waktu terdekat ini.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan sekali lagi.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih