Sulit
2 tahun
Keputihan banyak Dan berbau
Hi. Saya 17thn mengalami keputihan yang banyak dan berbau selepas makan ubat norcolut apakah itu normal atau bahaya? Sebab saya dah cuba pakai pencuci feminine, keputihan masih lagi berbau teruk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanya soalan tentang masalah keputihan yang banyak dan berbau. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, pengambilan pil kontraseptif boleh menyebabkan keluarnya keputihan atau discaj yang banyak. Namun ia biasanya tidak berbau. Keputihan yang berbau boleh menandakan masalah kesihatan seperti jangkitan atau ketidakseimbangan bakteria pada faraj yang juga dikenali sebagai bakterial vaginosis.
Pencuci feminin terutamanya yang mempunyai pewangi boleh memburukkan keadaan. Anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor dan mendapatkan rawatan.
Anda juga boleh bercakap dengan pihak kami untuk konsultasi secara atas talian. Terima kasih.