Anonymous
5 tahun
Keputihan berwarna coklat
Saya wanita berusia 21 tahun, belum berkahwin dan tidak pernah menjalani hubungan dgn mana mana lelaki. Saya perasan sejak dri bulan 12 tahun lepas, period saya jadi tidak teratur. Setiap bulan datang, cuma jarak hari yg berbeza. Pernah sekali, jarak saya period dgn bulan sebelumnya cuma 2 minggu sahaja. Kemudian, sy telah period lagi utk bulan seterusnya. Tapi bulan ni, ikutkan tarikh yg sepatutnya sy period, tapi saya hanya keluar lendiran coklat seperti keputihan yg berwarna coklat dari faraj. Dah 5 hari dah lendiran itu masih ada tp sy tak period lg utk bulan ni. Tanda tanda seperti sakit pinggang, sakit payudara tu ada. Jadi saya risau dan perlukan nasihat dri yg lebih arif tentang ini. Boleh bg keterangan sikit doktor ? Terima kasih…
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan haid anda sedikit dan tidak teratur, antaranya adalah
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.