Sulit
3 tahun
Keputihan warna perang
salam,umur sy 23 tahun, saya nak tanya normal ke klau lepas habis haid dalam seminggu lebih,keluar keputihan warna perang mcm tu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami keputihan seminggu selepas tamat haid dan anda ingin mengetahui jika ia normal.
Untuk makluman anda, keputihan boleh berlaku secara normal ataupun ia boleh menandakan jangkitan pada sistem reproduktif anda. Keputihan yang berwarna perang biasanya berlaku pada permulaan atau pengakhiran haid. Selain itu, keputihan berwarna perang juga boleh berlaku semasa implantasi kehamilan dan jika terdapat masalah pada sistem reproduktif seperti polip rahim dan ketumbuhan pada rahim. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.