Sulit
3 tahun
Keputusan ujian darah (bt)
Saya lelaki berumur 34 tahun, utk makluman saya telah menjalani ujian darah dan hasil ujian sperti berikut melibatkan yang tinggi.
UA = 458/428 (High)
ALT = 57/50 U/L (High)
CHOL = 5.35/5.20 (High)
TRIG = 2.88/1.70 (High)
LDL = 2.89/2.60 (High)
(Test = Result/Range)
Menurut pandangan doktor.
yang sekarang sya nk tau punca ALT naik dan adakah tahap ni membahaya untuk diri saya…
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Anda ingin mengetahui mengapa tahap ALT dalam darah anda tinggi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keputusan siasatan yang diberikan oleh anda tidak cukup untuk kami menyimpulkan punca masalah anda. Ini kerana ALT yang tinggi boleh disebabkan oleh masalah hati seperti fatty liver disease, hepatitis, pengambilan alkohol secara berlebihan, penyakit autoimun yang memberi kesan kepada hati ataupun kesan sampingan sesetengah ubatan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.