Sulit
2 tahun
Result upt positif tapi kabur
Sy umur 32, doc sy nak tnya boleh ke preg bila bsama shari sblum piod… sbb bru lg bulan 12 ni jgak… ikut kn 3/4hb sy akn piod… 2hb tu sy bsama , tp xdtg piod ,sy tnggu 5hari dh lewat… sy cek upt 6hb result 2line tp kabur sikit… boleh ke sngkut doc… cm xlogik plak, pdhal sy bsma shari sblum piod… bukn sy bsama wktu subur… sy ank ke2 nk msuk 8m… tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, syarat untuk terjadinya kehamilan adalah berlakunya pertemuan antara sperma dari lelaki dan juga ovum dari perempuan. Jika ianya terjadi, anda akan mengalami beberapa tanda-tanda pasti kehamilan antaranya adalah tidak datang haid untuk beberapa bulan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa selepas anda bersama suami pada 2/12/2021 dan selepas itu haid anda belum datang sehingga ke hari ini, ia boleh jadi bahawa anda sedang hamil. Selain itu, anda juga telah melakukan ujian upt kehamilan pada 6/12/2021 dan mendapat keputusan 2 line yang agak kabur, ia boleh jadi kerana hormon beta hcg dalam badan anda masih berada dalam jumlah yang masih sedikit.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.