Sulit
2 tahun
Kolesterol LDL tinggi
Saya lelaki berumur 27 tahun baru2 ni saya buat ujian darah Dan saya dapati setelah keputusan darah keluar kolesterol LDL saya tinggi 3.56. Doc sarankan utk saya ubat kolestrol apa yg sesual dengan saya
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Umumnya paras jumlah kolesterol yang sihat adalah kurang dari 5.18 mmol/L. Selain itu, paras non HDL serum yang sihat dalah kurang dari 3.76 mmol/L. Tahap kolesterol LDL hendaklah di bawah 2.84mmol/L.
Untuk pengetahuan anda juga, kadar kolesterol tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesan yang serius seperti
- kerosakan organ hati
- penyakit jantung
- serangan strok
- gangguan buah pinggang
Anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.