Sulit
3 tahun
No focal utterine mass dan rt ovary
Saya wanita 20an… saya telah pergi membuat scan rahim dia klinik swasta… dekat gambar scan saya tertulis no focal utterine mass dan rt ovary… saya ingin bertanya… apakah maksudnya? Adakah rahim saya bermasalah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, maksud no focal utterine mass dan rt ovary ialah rahim anda berada dalam keadaan yang normal. Tiada ketumbuhan.
Jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.