Sulit
3 tahun
Saya ada masalaj vaginal discharge. Laporan ujian mengesan Klebsiella spp
Laporan makmal menunjukan ada Klebsiella spp. dalam genital swab sample. Apa yg patut saya lakukan? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda telah menjalani ujian klinikal bagi masalah keputihan vagina dan mendapati ia mengesan Klebsiella spp dalam laporan perubatan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda Klebsiella spp sering dikaitkan dengan jangkitan bakteria pada faraj wanita. Ia sering kali disebarkan melalui kontak seksual dengan pesakit yang terkena jangkitan ini. Wanita yang mempunyai sistem immun badan rendah lebih mudah terkena jangkitan sebegini seperti dalam kalangan penghidap kencing manis atau pengguna ubat corticosteroid.
Jangkitan ini boleh dirawat dengan anitbiotik yang sesuai pada kadar masa yang ditetapkan oleh doktor. Antibiotik ini tidak boleh diberhentikan dengan sengaja kerana takut menyebabkan bakteria menjadi lali pada antibiotik. Anda perlu mendapat preskripsi doktor bagi antibiotik terutama sekali apabila:
- mempunyai simptom sistemik seperti demam
- gejala keputihan vagina semakin teruk
- kegatalan yang amat teruk
Anda juga boleh mendapatkan nasihat rawatan yang tepat daripada doktor atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih