Sulit
3 tahun
Ujian darah pesakit kencing manis
Mengapa bacaan darah puasa boleh turn sehingga 2.0 dan 2 jam lepas sarapan boleh naik hingga 18.0. Masih dalam rawatan metformin dan insulin inj.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami anda ingin sedikit penjelasan bagaimana paras glukos boleh naik mendadak 2 jam selepas makan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar glukos dalam darah bergantung pada tahap insulin yang dihasilkan badan serta keberkesanannya. Namun, perkara ini terjejas bagi pesakit kencing manis. Kencing manis berlaku kerana badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk turunkan kadar gula atau sel badan sudah lali dengan hormon insulin yang terlalu tinggi.
Tambahan pula, masalah gula bagi pesakit kencing manis tidak semuanya sama. Sesetengah pesakit boleh mengalami masalah seperti anda, iaitu kadar gula tidak terkawal hanya selepas makan. Ini bermaksud, setelah anda makan, badan anda tidak dapat mengeluarkan hormon insulin yang mencukupi. Maka menyebabkan kadar glukos teramat tinggi 2 jam setelah makan. Bagi situasi sebegini, suntikan insulin amat membantu dan sesuai. Manakala Metformin bantu memberi kadar insulin stabil pada masa yang lama.
Anda boleh tangani perkara ini dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang. Kurangkan gula dalam hidangan dan bersenam pada kadar sepatutnya. Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.