Sulit
3 tahun
Upt postif tapi samar hari kelima upt negatif
Saya wanita berumur 29 Thn sya ada 2 Ank… Sejak dua minggu sya ada rasa mual2 makan pun dah pandai nak memilih lepas tu sya try cek upt,Pertama kali sya cek upt 26/10 positif tapi samar 28/10 sys cek pagi positif tapi masih samar 30/10 sya cek negatif adakah saya pregnant??sya masih lagi rasa mual skrg…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian kehamilan yang anda lakukan boleh menunjukkan hasil yang salah. Ini adalah kerana:
- Alat yang digunakan telah rosak
- Waktu ujian yang dilakukan salah
- Cara ujian yang dilakukan tidak betul
- Cairan ujian yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.