Sulit
3 tahun
Kesalahan ujian darah
Saya wanita berusia 28 tahun. Saya ada buat ujian darah untuk pemeriksaan kesihatan. Keputusan menunjukkan potassium saya tggi dlm darah. Saya telah buat sekali lagi ujian darah dan keputusannya pun menunjukkan bacaan potassium tinggi. Doktor klinik itu suruh saya buat ujian darah di hospital dan hasil keputusannya bacaan potassium saya normal. Jadi saya nak tanya doktor adakah keputusan untuk ujian darah bagi bacaan mineral yg lain jgk salah? Atau hanya potassium saja yang masalah? (Sampel ujian darah di klinik itu tidak ada makmal, oleh itu ia dihantar ke makmal ujian darah di tempat lain).
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah tentang kemusykilan keputusan ujian darah yang telah dilakukan. Namun, kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat berkenaannya kerana maklumat yang lebih terperinci adalah diperlukan. Anda disarankan untuk berbincang mengenai perkara ini dengan doktor yang merawat anda.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami mengenai masalah kesihatan yang lain, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.