Sulit
3 tahun
Trace protein dlam air kencing
saya lelaki berumur 31 tahun…saya baru dapat result darah dan bacaan buah pinggang saya normal dengan GFR 109…tapi bacaan air kencing ada trace protein…adakah ini bahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, trace protein adalah bacaan protein di bawah 0.15g/L. Hasil yang normal bagi ujian air kencing untuk kadar protein adalah negatif ataupun trace protein. Oleh itu, ujian air kencing anda menunjukkan hasil yang normal.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.