Sulit
4 tahun
Kerap mengalami ulser dalam mulut
Saya berumur 20 tahun. kerap mengalami ulser dalam mulut walaupun saya banyak meminum air. ada terbaca salah satu gejala SLE adalah ulser. and selalu kena dekat perempuan yang dalam usia subur. ini buat saya risau. so, macam mana SLE ni di diagnose, doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, diagnosis SLE disuspek sekiranya pesakit mengalami 4 dari 11 gejala ini:
Ruam berbentuk rama-rama di pipi
Tompok merah yang tinggi pada kulit anda
Sensitif terhadap cahaya
Ulser di mulut
Artritis (bengkak atau nyeri) pada dua atau lebih sendi
Keradangan pada lapisan jantung atau paru-paru
Sawan atau masalah saraf lain
Terlalu banyak protein dalam air kencing
Jumlah sel darah rendah
Antibodi tertentu dalam darah anda
Hasil dari ujian darah ANA yang menunjukkan terlalu banyak antibodi “antinuklear”
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Terdapat kemungkinan juga bahawa ulser anda terbentuk akibat dari trauma atau sering tergigit. Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda teruskan meminum air. selain itu
- Elakkan makanan pedas dan masam sehingga bisul sembuh.
*Bilas mulut dengan kerap dengan air suam dan sedikit masin.
*Jaga kebersihan mulut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.