Sulit
2 tahun
Kitaran haid isteri tak tentu dan darah haid banyak setiap jam
Hai Doktor,
Isteri saya mengalami kitaran haid yang tak menentu sejak Januari 2022. Tarikh mula haid tidak sama setiap bulan. Tempoh haid ada kala lebih seminggu dan maksimum 15 hari. Pada bulan ini (Mei 2022), isteri saya mengalami kebocoran darah haid yang sangat banyak setiap jam dan terpaksa tukar pad setiap jam.
Bagaimana boleh saya bantu isteri saya? Apa solution untuk masalah ini? Harap dapat membantu. Terima kasih Doktor.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan haid berpanjangan bagi pasangan anda.Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.Antaranya adalah :
Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
Sindrom polisistik ovari atau PCOS
Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
IUCD atau intrauterine contraceptive device
Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Oleh itu,saya menyarankan membawa isteri anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal serta ujian darah dan imbasan ultrasound untuk mengenal pasti punca bagi masalah haid berpanjangan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.