prinklin96
4 tahun
Lelaki mengalami masalah kesuburan
Hi, saya dan isteri ingin mendapatkan zuriat setelah berkahwin selama 4 tahun. Isteri saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan imbasan scan serta ujian darah mendapati bahawa segalanya kelihatan normal. Hal ini membuatkan saya risau dan terfikir mungkin masalah ini berpunca daripada saya sendiri. Boleh doktor terangkan puncanya.
4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Saya memahami masalah berkaitan dengan kesuburan yang sedang anda hadapi. Saya ambil maklum bahawa anda dan isteri mengingkan cahaya mata dan isteri anda telah menjalani ujian pemeriksaan kesuburan.
Bagi pihak lelaki pula, masalah ini boleh disebabkan masalah berikut:
- masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
- masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
- masalah hormon
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Justeru, anda harus kenalpasti punca ketidaksuburan anda berdasarkan pemeriksaan dengan doktor. Selain itu, secara umum, tips mudah untuk memastikan kesuburan anda adalah dengan menjaga kesihatan:
- kawal dan kurangkan stres
- amalkan senaman yang regular
- makan makanan yang seimbang dengan semua 7 kelas makanan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor
Dapatkan khidmat nasihat berkenaan kesuburan daripada yang pakar !