
Sulit
4 tahun
Lendir bercampur darah, period atau tidak?
Doctor, saya berusia 25 tahun, saya period haritu 1/4 hingga 8/4 lepas tu pada 16/4 saya mula keluar lendir berdarah sehingga harini ( 22/4) mcm spotting sbb dia keluar sikit2, adakah lendir tersebut merupakan period? Sebab saya tak ada rasa sakit mcm nak period yg biasa saya alami sebelum period, dan darah bercampur lendir tersebut cair, tak berbau. spatutnya next period saya 29/4. Mcm mana ya doktor? Saya boleh berpuasa atau tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur dan spotting, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sukar untuk kami katakan sama ada ia darah haid ataupun bukan dan juga kebolehan untuk seseorang untuk berpuasa. Maklumat lanjut mengenai status kesihatan dan sejarah kitaran haid dengan lebih mendalam perlu diketahui serta pemeriksaan fizikal perlu dilakukan untuk mengetahui punca pendarahan tersebut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.