
Sulit
4 tahun
Masalah depress sampai cedera kan diri sendiri
Hai , saya shamila . Saya ingin bertanya , saya dah mula sedar yang sekarang saya sudah ada tanda tanda depress , saya sanggup cederakan diri sendiri sahaja , saya tak cederakan orang lain , kadang tu saya sampai meraung , mengigil dan menjerit bila nak menjelaskan sesuatu , saya jadi stress bila orang yg saya rapat tidak percaya saya , adakah saya patut dapatkan rawatkan ? Saya hanya cederakan diri sendiri , mintak penjelasan doktor.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala mencederakan diri sendiri, takut atau menggigil merupakan salah satu dari gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.