Sulit
2 tahun
Sukar mengendalikan emosi,kerap sakit kepala,sukar mendapatkan tidur yang lena
Saya seorang wanita lepasan kolej yang berumur 21 tahun. Saya menyedari bahawa saya mempunyai masalah dalam mengendalikan emosi saya yang sering berubah-ubah. Sebagai contoh,saya merasa putus asa dalam hidup namun untuk beberapa jam kemudian, saya merasa terlalu bersemangat dan produktif seolah-olah tidak mengalami sebarang kesedihan sebelumnya.Hal ini berlarutan sehingga saya sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dek kerana minda saya yang yang terlalu aktif.Hal ini juga mengakibatkan saya gagal mengawal amarah dan hampir mencederakan orang di sekeliling saya.Saya sedar akan hal ini dan ingin meminta nasihat daripada doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumna anda, ia adalah normal untuk berubah emosi pada masa-masa tertentu tetapi ia tidak normal sekiranya emosi tersebut mengganggu fikiran anda dan mengganggu aktiviti harian anda.
Antara sebab mengapa seseorang mengalami perubahan emosi atau mood :
- Tekanan hidup
- Masalah terhadap persekitaran atau orang sekeliling
- Penyakit bipolar
- Gelisah atau anxiety
- Kemurungan ataupun depression
- Masalah personaliti
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
- Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
- Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)
- Support group
- Therapeutic assessment
- Circle time and support programmes
- Islamic spiritual therapy
- Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.