nurinalyaa2001
2 tahun
Adakah saya mengalami anxiety atau hanya kegelisahan yang biasa?
Saya seorang pelajar universiti, saya dapati saya sering berasa gelisah dan panik akan sesuatu perkara sehinggakan saya mengalami kesukaran untuk bernafas (sesak nafas) dan jantung berdegup laju. saya juga akan berasa takut dan gelisah akan perkara yang tidak berlaku lagi. Kadang-kadang saya ok dan kadang2 kalau saya memikirkan perkara tersebut saya akan menjadi sesak nafas dan gelisah. saya juga perasan yang saya terlalu overthingking walaupun perkara itu kecil sahaja. saya sering mengalami perasaan gelisah pada waktu MALAM sehinggakan saya tidak dapat tidur kerana dada berasa sesak. Mohon penjelasan daripada doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa gelisah berserta dengan gejala lain dan ini semakin menjejaskan activiti harian dan masa rehat anda. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Gejala ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Tekanan berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Anxiety Disorder
- Penyakit organik seperti penyakit jantung dll.
Masalah Anxiety Disorder secara umumnya, adalah penyakit yang memerlukan penilaian dan rawatan khusus yang berterusan oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu.
Di samping itu, perkara ini mula menjejaskan rehat dan tidur anda. Oleh itu, saya menyarankan supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.