Sulit
2 tahun
Overthinking yang teruk sehingga menyebabkan saya cirit birit, sukar bernafas, jntung berdegup kencang dan pening kepala
Saya farah, berumur 22 tahun, saya ada overthinking yang agak teruk and smpai satu tahap saya tk boleh nak kawal overthinking tu, lately, saya asyik cirit birit, kepala rsa pening, jantung berdegup laju smpaikan saya mengalami kesukaran utk tidur, saya sudah cuba utk mempositifkan diri tapi berakhir dengan overthinking yang teruk juga.
Saya perlu penjelasan, adakah ia hanya sekadar overthinking atau saya mengalami masalah lain? Dan apakah langkah-langkah yang saya perlu lakukan utk overcome perasaan ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,berfikir terlalu banyak boleh membawa kemudaratan untuk kesihatan anda.Contohnya,apabila anda berfikir terlalu banyak badan akan sentiasa berasa lesu sahaja. Anda juga mungkin mengalami stres yang tinggi sehingga anda mengalami cirit-birt,pening dan jantung berdengup laju serta kesukaran untuk tidur. Anda haruslah bercakap dengan ahli keluarga atau kawan yang boleh anda dipercayai untuk meluahkan perasaan/stress anda.Secara tidak langsung,ianya akan melegakan stress dan mengurangkan fikiran keterlaluan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
Malaysian Mental Health Association
Hotline: 03-27806803
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.