Sulit
2 tahun
Selalu merasa terganggu dengan orang sekeliling,dan suka bersendiri daripada membuat hubungan dengan orang lain
saya remaja lelaki ,berusia 17 tahun,saya selalu bersendiri,bukannya tiada orang yang nak mendekat dengan saya,tetapi saya yang menjauhkan diri dari mereka yang cuba mendekatkan diri dengan saya,entah kenapa jika ada orang yang ingin menolong saya ketika susah,saya selalu saja menolak penolongan dari mereka,dan bila mereka tetap berdegil untuk menolong saya,saya akan merasa stress atau serabut dengan kemunculan mereka.tetapi jujur saja ,itu bukanlah kehendak saya mahu buat begitu,seperti bukan diri saya yang mengawal hal itu.tolong doktor,tolong beritahu apa yang boleh saya buat untuk menyembuhkan penyakit ini.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sukar untuk menentukan sama ada anda mengalami masalah emosi ataupun mental. Sebelum melakukan diagnosis, terdapat pelbagai soalan yang perlu diajukan, Bukan itu sahaja, anda harus diperiksa oleh doktor pakar sebelum diagnosis dibuat.
Perasaan stress ini boleh dikawal dengan baik sekiranya anda bijak mengawal perasaan anda, Anda boleh cuba melakukan perkara-perkara dibawah sekiranya anda menjadi stress :
- Menarik nafas dan hembuskannya, perlu diulang sehingga anda kembali tenang
- Bersukan ataupun aktiviti fizikal ringan seperti joging dan berbasikal
- Mendengar muzik
- Menonton Televisyen
- Melakukan aktiviti yang gembira dan ceria
- Menikmati keindahan flora dan fauna seperti mendaki gunung
- Berdiam diri tanpa melepaskan kemarahan
- Dapatkan udara segar
- Kurangkan berfikir
- Tingkatkan amalan kebaikan.
Sekiranya masalah kemarahan ini berterusan dan sukar untuk dikawal, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. dikhuatiri perasaan marah yang melampau boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dan membahayakan diri sendiri. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Anda memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah dan kesihatan mental? Doktor pakar psikiatri kami boleh membantu anda.